Putrajaya, 13 Sept – Sebanyak 47 kes baru COVID-19 dicatatkan hari ini di Malaysia, lebih rendah berbanding semalam.
Menurut Kementerian Kesihatan (KKM), sebanyak 45 kes melibatkan jangkitan tempatan manakala dua lagi kes import.
Seperti hari sebelumnya, Sabah mencatatkan kes tertinggi dengan 31 kes termasuk 22 penularan melibatkan Kluster Benteng LD.
Sementara itu, sebanyak 13 kes baru dilaporkan melibatkan Kluster Tawar di Kedah.
Sebanyak tujuh kes discaj dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif discaj sebanyak 9196 (92.75%).
Tiada kematian dilaporkan hari ini.
Sumber: KKM