Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 5,725 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini dengan 5,718 kes tempatan dan 7 kes import.
Ini menjadikan jumlah kumulatif bagi kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 203,933 kes dengan 45,478 kes aktif.
Sementara itu, sebanyak 3,423 kes sembuh telah direkodkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif adalah sebanyak 157,722 kes.
Dukacita dimaklumkan, terdapat 16 lagi kes kematian dicatatkan pada hari ini.
Dengan pertambahan tersebut, jumlah kumulatif bagi kes kematian setakat ini adalah sebanyak 733 kes.
Maklumat lanjut akan menyusul.
Sumber:KKM