Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 7,509 kes baharu COVID-19 yang telah dicatatkan pada hari ini.
Pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia adalah sebanyak 2,384,542 kes. Semalam, negara mencatat sebanyak 7,420 kes baharu.
Maklumat terperinci mengenai kes harian di setiap negeri serta kes kematian dan kes sembuh akan dimuatnaik di laman web COVIDNOW.
Sumber: Noor Hisham Abdullah