Sebanyak 1,647 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan hari ini dengan 1,642 kes tempatan dan 5 kes import.
Menerusi kenyataan yang dikeluarkan oleh KP Kesihatan, kes baharu tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 319,364 kes.
Sementara itu, terdapat sebanyak 2,104 kes yang telah sembuh dan menjadikan jumlah kumulatif kes sembuh adalah sebanyak 300,620 kes bersamaan 94.1%.
Dukacita dimaklumkan, sebanyak 9 kes kematian yang direkodkan pada hari ini.
Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,200 kes bersamaan 0.38%.
Sumber: KP Kesihatan