Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), menerusi Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 8 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini.
Selain itu, menerusi kenyataan yang dikeluarkan, jumlah kes baharu Covid-19 pula adalah sebanyak 11 kes termasuk 10 kes import dan 1 kes tempatan .
Sehingga kini, terdapat lapan (8) kes positif COVID-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana enam (6) kes memerlukan bantuan pernafasan.
Tiada kes kematian dilaporkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kes kematian kekal 125 kes bersamaan 1.34%.
Sumber: KP Kesihatan