Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 7,452 kes baharu COVID-19 positif yang direkodkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara meningkat kepada 610,574 kes setakat ini.
Berdasarkan data KKM, Selangor masih kekal mencatat jumlah kes harian tertinggi dengan 2,509 kes, diikuti Negeri Sembilan dengan 843 kes dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur sebanyak 678 kes.
Maklumat lanjut mengenai kes sembuh dan kematian terkini menyusul kemudian.
Sumber: KKM