Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melaporkan terdapat pertambahan 6,320 kes positif COVID-19 baharu hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, angka tersebut menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 negara kini sudah melepasi angka setengah juta di mana meningkat kepada 505,115 kes.
Dalam pada itu, sebanyak 6,494 kes sembuh yang direkodkan hari ini dan menjadikan angka pulih keseluruhan meningkat kepada 449,234 kes bersamaan 88.9 peratus.
Dukacita, sebanyak 50 kes kematian terkini hari ini dan jumlah kematian keseluruhan adalah sebanyak 2,199 kes.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: RTM