PUTRAJAYA, 15 Okt – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat 589 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini.
Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan meningkat ke 18,120 kes bersamaan 5,945 kes aktif.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, hanya tiga kes dikesan melibatkan kes import iaitu dua dari Indonesia dan satu dari Ukraine.
Manakala 586 kes lagi adalah penularan tempatan, melibatkan 453 kes warganegara dan 133 kes bukan warganegara.
Maklumat lanjut menyusul.
Sumber: KKM