PUTRAJAYA, 16 Feb – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan terdapat pertambahan 2,720 kes baharu COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan kes positif kini meningkat kepada 269,165 kes setakat ini.
Ketua pengarahnya, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes sembuh yang direkodkan pula adalah lebih tinggi iaitu 5,718 kes, menjadikan jumlah sembuh keseluruhan meningkat kepada 83.2 peratus.
Difahamkan, tiada sebarang kes import dilaporkan dan Selangor mencatatkan angka tertinggi pada hari ini.
Berita lanjut menyusul.
Sumber: KKM