Ketua Pengarah Kesihatan KKM, Tan Sri Dr Noor Hisham dalam kenyataan media sebentar tadi memaklum sebanyak 4 kluster baru COVID-19 dikesan.
Daripada jumlah berkenaan, dua kluster dikesan di Sabah manakala dua lagi adalah di Pulau Pinang.
Kluster Istimewa (Sandakan, Sabah)
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-22026) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kemasukan ke wad pada 20 Oktober 2020.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 15 lagi kes positif COVID-19.
Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Hospital Duchess of Kent, Sandakan dan Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Dewan Kompleks Sukan Sibuga, Sandakan.
Setakat 14 November, seramai 54 individu telah disaring dimana:
16 kes dikesan positif COVID-19 (10 kes baharu).
27 individu dikesan negatif.
11 individu masih menunggu keputusan.
Kluster Alila (K.Kinabalu, Sabah)
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-23498) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan individu bergejala pada 5 Oktober 2020.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak 22 lagi kes positif COVID-19.
Kesemua kes ini telah dimasukkan ke Pusat Kuarantin dan Rawatan COVID-19 Berisiko Rendah, Hospital Queen Elizabeth.
Setakat 14 November, seramai 317 individu telah disaring dimana:
Kluster Assumption (Seberang Perai Utara dan Seberang Perai Tengah,Pulau Pinang serta daerah Kulim, Kedah)
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-42773) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 11 November 2020.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19. Kesemua kes telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Setakat 14 November, seramai 66 orang telah disaring dimana:
Kluster Rajawali (daerah Timur Laut dan Barat Daya, Pulau Pinang)
Kes indeks bagi kluster ini (iaitu kes ke-39181) telah dikenal pasti positif COVID-19 hasil saringan kendiri pada 6 November 2020 dan telah dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang.
Saringan kontak rapat telah mengesan sebanyak sembilan (9) lagi kes positif COVID-19.
Setakat 14 November, seramai 90 orang telah disaring dimana:
10 kes dikesan positif COVID-19 (3 kes baharu).
15 individu dikesan negatif.
65 individu masih menunggu keputusan.
Sumber: KKM