Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 3,680 kes baharu yang dicatatkan hari ini dengan 3, 674 kes tempatan dan 6 kes import.
Ia menjadikan jumlah kumulatif bagi kes COVID-19 di Malaysia adalah sebanyak 194,114 kes dengan jumlah kes aktif sebanyak 42,389 kes.
Sementara itu, kes sembuh pada hari ini pula adalah sebanyak 1,858 kes dan ini menjadikan jumlah keseluruhan bagi kes sembuh adalah sebanyak 151,018 bersamaan 77.8%.
Dukacita dimaklumkan, terdapat sebanyak 7 kematian dicatatkan hari ini.
Dengan pertambahan kes kematian tersebut, jumlah kumulatif kes kematian di negara ini meningkat sebanyak 707 kes bersamaan 0.4% daripada jumlah keseluruhan.
Sumber: KKM