Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 3,211 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.
Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 3,211 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 151,066 kes secara keseluruhan.
Daripada 3,211 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 3,206 merupakan kes tempatan manakala 5 lagi adalah kes import.
Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 35,253 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.
Terdapat 204 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 87 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.
Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 1,939 kes. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 115,227 kes.
KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 8 kes kematian baharu yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 586 kes atau bersamaan dengan 0.4% secara keseluruhannya.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia