PUTRAJAYA, 4 Okt – Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat 293 kes baharu jangkitan COVID-19 pada hari ini.
Daripada jumlah berkenaan, 292 kes merupakan kes penularan tempatan iaitu 269 melibatkan warganegara dan 23 kes melibatkan bukan warganegara.
Manakala kes import mancatatkan 1 kes melibatkan bukan warganegara.
Angka tersebut menjadikan kes keseluruhan jangkitan terkini meningkat ke 12,381 kes bersamaan 1,961 kes aktif.
Dalam masa sama, sebanuak 67 kes pulih yang telah sembuh dan dibenarkan discaj, menjadikan angka sembuh keseluruhan turut meningkat ke 10,283 kes bersamaan 83.05 peratus.
Tiada kematian terbaharu dilaporkan, angka kematian kekal 137 kes setakat ini.
Maklumat lanjut menyusul.

Sumber: KKM