
PUTRAJAYA, 12 Mac – Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan terdapat pertambahan 1,575 kes positif COVID-19 baharu hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah positif kumulatif turut meningkat kepada 320,939 kes dengan 17,074 kes aktif.
Berdasarkan data KKM, Selangor mencatatkan angka harian tertinggi hari ini dengan 751 kes positif, diikuti Sarawak sebanyak 173 kes dan Johor 135 kes.
Dalam pada itu, kes sembuh juga turut mempunyai pertambahan 2,042 kes lagi, ianya menjadikan angka sembuh keseluruhan meningkat kepada 302,662 kes.
Bagaimanapun, tiga lagi dilaporkan meninggal dunia, kes kematian turut bertambah kepada 1,203 kes setakat ini.
Sumber: KKM