Seramai 14 kes baharu jangkitan COVID-19 dilaporkan setakat hari ini, menjadikan angka keseluruhan kes terkini berjumlah 8,529 kes.
Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes aktif dengan kebolehjangkitan mencatatkan jumlah 408 kes.
Selain itu, 127 kes dilaporkan sudah pulih dan dibenarkan discaj.
Ia menjadikan jumlah kumulatif pulih adalah sebanyak 8,000 kes bersamaan 93.8 peratus.
Tiada sebarang kematian terkini dan angka kematian kekal 121 kes.
Sumber: KKM