Menerusi sidang media hari ini, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat sebanyak 1, 371 kes baharu COVID-19 yang dicatatkan pada hari ini.
Ia menjadikan jumlah kumulatif kes COVID-19 meningkat sebanyak 84, 846.
Beliau juga memaklumkan bahawa sebanyak 1, 204 kes sembuh telah dicatatkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 70, 597.
Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia