Gambar Via Bernama

TERKINI COVID-19: 1,294 Kes Dicatatkan Pada Hari Ini, Selangor Masih Lagi Catat Kes Tertinggi

Sofea

Sebanyak 1,294 kes baharu COVID-19 telah direkodkan hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes adalah sebanyak 347,972 kes.

Menerusi ciapan Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor mencatatkan kes tertinggi iaitu sebanyak 455 kes.

Ia diikuti oleh Sarawak dengan 217 kes dan Pulau Pinang dengan 139 kes.

Kes baharu itu juga melibatkan 26 kes import dan 1,268 kes tempatan.

Manakala, kes sembuh pula adalah sebanyak 1,442 kes dengan jumlah kumulatif sebanyak 332,443 kes.

Dukacita dimaklumkan, terdapat 5 pertambahan kes kematian pada hari ini melibatkan 2 kes di Sarawak, serta masing-masing satu 1 kes di Johor, Pulau Pinang, dan Sabah.

Ia menjadikan jumlah kumulatif kes kematian adalah sebanyak 1,283 kes bersamaan 0.37%.

Sumber: Noor Hisham Abdullah