covid-19 kedah
Kredit: Google

TERKINI COVID-19 : 12 Kes Baru Hari Ini Termasuk 7 Kes Kluster Tawar & 2 Kes Kluster Sala

Amira

Putrajaya, 17 Ogos- Sebanyak 12 kes baru COVID-19 direkodkan di Malaysia hari ini, lapor Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Dari angka itu, sebanyak 10 kes melibatkan penularan tempatan manakala dua lagi merupakan kes import.

Sebanyak tujuh pertambahan direkodkan melibatkan Kluster Tawar dan dua kes melibatkan Kluster Sala, kedua-duanya di Kedah. Satu lagi kes dikesan dalam saringan gejala di Selangor melibatkan seorang warga negara tempatan.

Sementara itu, kes import pula melibatkan dua bukan warga negara yang tiba ke Kuala Lumpur dari luar negara.

Tiada kematian baru dilaporkan.

Sumber: KKM