PUTRAJAYA, 23 Ogos – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan terdapat 10 kes baharu jangkitan COVID-19 hari ini.
Angka tersebut menjadikan jumlah keseluruhan terkini meningkat ke 9,267 kes.
Dilaporkan, daripada 10 kes tersebut, lapan (8) daripadanya adalah kes import manakala dua (2) lagi melibatkan penularan tempatan, termasuk 2 kes kluster Tawar dan tiga (3) daripada Kluster Alam (import).
Sementara itu, 10 kes sembuh juga dicatatkan, menjadikan jumlah kumulatif sembuh dan dibenarkan discaj setakat ini meningkat 8,959 kes bersamaan 96.68 peratus.
Selain itu, tiada kematian terkini direkodkan dan angka kekal 125 kes.
Sumber: KKM