Gambar Via Bloomberg

TERKINI: China Rekod Lebih 500 Kes Baharu Hari Ini

Sofea

China dilaporkan telah mencatatkan sebanyak 526 kes COVID-19 baharu pada Isnin iaitu jumlah jangkitan terbesar sejak wabak itu bermula di Wuhan, lapor Bloomberg.

Daripada jumlah itu, 312 jangkitan adalah tanpa gejala dengan 50 jangkitan dicatatkan di bandar Shanghai.

Bandar pelabuhan Qingdao pula mencatatkan sebanyak 163 kes dan selatan Dongguan dengan 153 kes.

Kes baharu itu merencatkan “China’s Covid Zero” yang diuar-uarkan sebelum ini. Kebiasaannya, ujian secara besar-besaran dan perintah berkurung akan dilakukan untuk mencegah jangkitan virus tersebut.

Walaupun ia sememangnya berkesan sebelum ini tetapi dengan wujudnya penyebaran pelbagai varian baharu termasuk omikron dan kelonggaran terhadap sektor ekonomi, pihak berkuasa menghadapi tugas yang rumit untuk membendung penularan jangkitan.

Menurut laporan, peningkatan bilangan kes juga berlaku apabila Beijing menghantar sumber termasuk kit ujian dan petugas kesihatan profesional ke Hong Kong, yang merekodkan puluhan ribu kes setiap hari ketika pandemik paling teruk pernah berlaku di negara itu.

Sumber: Bloomberg