Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 13,944 kes baharu COVID-19 dan menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 2,939,198 kes.
Pertambahan kes baharu itu telah dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah menerusi kiriman di Twitter sebentar tadi.
Menurutnya, maklumat terperinci mengenai kes-kes baharu itu akan dimuatnaik ke laman COVIDNOW.
Trend peningkatan kes ini telah bermula sejak beberapa minggu lalu dan kes yang dicatatkan hari ini sememangnya melonjak lebih tinggi berbanding 11,034 kes semalam.
Dalam pada itu, Noor Hisham semalam berkata individu yang positif COVID-19 dalam kategori 1 dan 2A serta tidak berisiko tinggi, tidak perlu hadir ke Pusat Penilaian COVID-19 (CAC).
Bagaimanapun, individu yang terlibat perlu melakukan pemantauan kesihatan kendiri.
Sumber: Noor Hisham Abdullah