
Bagi menambah baik bantuan tunai kepada isi rumah pada tahun 2021, kerajaan akan menggantikan Bantuan Sara Hidup (BSH) kepada Bantuan Prihatin Rakyat atau BPR dengan kadar dan kategori yang lebih baik.
Kerajaaan bersetuju untuk memberi bantuan BPR untuk isi rumah yang berpendapatan antara RM 2,501 hingga RM 4000 yang mempunyai anak seorang dibayar RM 800 manakala untuk isi rumah yang mempunyai dua atau lebih dengan bayaran RM 1200.
Perkara ini disampaikan oleh Menteri Kewangan Malaysia, YB Tengku Datuk Zafrul dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini.
Sumber: Sidang Pembentangan Belanjawan 2021