Kerajaan memberi tumpuan kepada golongan yang mempunyai pendapatan kurang daripada RM 2,500. Jadi, kerajaan akan menyalurkan bantuan menerusi Bantuan Prihatin Rakyat (BPR) dengan kadar bantuan yang ditetapkan.
Isi rumah berpendapatan bulanan kurang RM2,500 dengan seorang anak akan menerima bantuan sebanyak RM1,200 manakala untuk isi rumah yang mempunyai 2 anak atau lebih akan menerima RM1,800.
YB Tengku Zafrul dalam pembentangan Belanjawan 2021 hari ini berkata pemberian BPR ini dijangka akan memanfaatkan 8.1 juta penerima dan peruntukan 6.5 bilion ringgit berbanding 4.3 juta penerima dan peruntukan 5 bilion ringgit sebelum ini di bawah BSH.