Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri memaklumkan bahawa operasi bazar Ramadhan, bazar Aidilfitri di seluruh negara dibenarkan.
Selain daripada itu juga, beliau turut mengumumkan bahawa aktiviti solat terawih secara berjemaah pada bulan Ramadhan turut dibenarkan.
Pun begitu, jumlah kehadiaran jemaah tertakluk kepada pihak berkuasa agama negeri masing-masing.
Beliau turut menambah bahawa SOP berkenaan perkara berkenaan akan diberitahu kemudian.