TERKINI: Bazar Ramadan & Aidilfitri Di Kelantan Dibatalkan, Tapak Program Madinah Ramadan Ditukar Jadi PKRC

Nur Adnin

Semangat rakyat Kelantan untuk menyambut ibadah puasa pada tahun ini mungkin bakal ‘teruji’ apabila pelaksanaan bazar Ramadan seperti yang pernah diluluskan sebelum ini dibatalkan.

‘Kejutan’ ini dimaklumkan sendiri oleh Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Kesihatan Kelantan, Dr. Izani Husin menerusi satu kenyataan di Facebooknya pagi tadi.

Bazar Ramadan (dan) bazar Aidilfitri seluruh Kelantan dibatalkan. Madinah Ramadan ditukar menjadi pusat rawatan COVID-19 berisiko rendah (PKRC).

(Ini) ikhtiar demi membendung penularan COVID-19,” katanya dalam kenyataan tersebut.

Kenyataan tersebut mendapat pelbagai maklum balas daripada netizen khususnya rakyat Kelantan sendiri. Tidak sampai satu jam dihebahkan, hantaran tersebut telah dikongsi hampir 1,500 kali di Facebook.

Tak kurang juga ada yang terpaksa ‘meluahkan’ apa yang terbuku di hati. Tapi walau apa pun yang berlaku, mereka percaya bahawa setiap keputusan yang dibuat adalah demi kebaikan bersama.

Semoga keputusan ini menjadi satu usaha yang lebih baik untuk negeri ini membendung penularan COVID-19. Sama-sama kita doakan.

Sumber: Facebook Dr. Izani Husin