Menteri Kewangan, Tengku Zafrul memaklumkan bahawa kerajaan bercadang akan mengenakan duti eksais terhadap produk cecair atau gel bernikotin untuk rokok/vape.
Beliau juga turut mengumumkan untuk meluaskan duti eksais sedia ada terhadap produk minuman bergula pracampur.
Menurutnya, perluasan duti tersebut adalah untuk menyokong amalan hidup sihat dalam kalangan rakyat Malaysia.
Pengumuman itu dibuat dalam pembentangan Bajet 2022 yang diadakan sebentar tadi.
Sumber: RTM