Jabatan Meteorologi Malaysia sebentar tadi telah mengeluarkan amaran ribut petir serta hujan lebat yang dijangka melanda beberapa buah negeri sehingga jam 9 malam.
Amaran yang dikeluarkan pada pukul 5:20 petang tadi menunjukkan terdapat 10 negeri dijangka dilanda ribut petir.
Antara kawasan yang terlibat dengan ribut petir, hujan lebat dan angin kencang dijangka di negeri Kedah (Kulim dan Bandar Baharu), Pulau Pinang (Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan), Perak (Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim), Selangor (Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling, Kuala Langat dan Sepang), Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Putrajaya, Negeri Sembilan (Seremban dan Port Dickson) dan Melaka (Alor Gajah).
Manakala di Sarawak: Sri Aman dan Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong) dan Sabah: Pedalaman (Keningau dan Tambunan) dan Tawau (Tawau).
Justeru itu, bagi negeri-negeri yang dijangka terlibat dengan ribut petir dan hujan lebat, anda dinasihatkan untuk lebih berhati-hati dan terus berada di dalam rumah sekiranya tiada urusan di luar.

Sumber: Metmalaysia