Seorang lelaki Orang Kurang Upaya (OKU) yang juga merupakan salah seorang atlet angkat berat negara dilaporkan maut dalam satu kebakaran di rumahnya dekat Taman Pagoh Jaya pada tengah hari tadi.
Mangsa, Mohd Ata Maarof, 28, didakwa berada di bahagian dapur rumah berkenaan ketika kejadian. Mangsa dilaporkan maut akibat melecur 80 peratus di bahagian tubuhnya.
Pegawai Bomba Kanan II Dari Balai Bomba Dan Penyelamat (BBP) Pagoh, Husaini Eddy Mustafa, yang juga merupakan pegawai operasi untuk kes berkenaan memaklumkan bahawa, mangsa yang bekerja di Kuala Lumpur difahamkan sedang bercuti dan akan pulang semula ke ibu negara pada hari esoknya.
“Difahamkan semasa kejadian mangsa seorang diri kerana ibu mangsa keluar ke kedai,” lapor Awani ketika menghubungi pegawai operasi.
Pihak bomba memaklumkan bahawa mayat mangsa akan diserahkan pada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
Baca: Negara 4 Musim Terdekat, Ini Antara Sebab Ramai Orang Nak Sangat Pergi Australia
Sumber: Astro Awani