KETUA Polis Negara, Tan Sri Abdul Hamid Bador mengumumkan untuk menarik semula arahan mengisi borang perjalanan antara negeri (domestik) buat sementara waktu.
“Arahan untuk mengisi borang ditarik balik buat sementara waktu dan orang ramai diminta menunggu arahan baru yang akan dikeluarkan dalam sehari dua ini.
“Orang ramai boleh buat pergerakan yang perlu tanpa mengisi borang sehingga pengumuman lanjut dibuat.
“Bagaimanapun, orang ramai dinasihatkan mengurangkan pergerakaan dan perjalanan,” katanya ketika dihubungi Astro AWANI pada Selasa malam bagi mengulas berkenaan situasi panik dalam kalangan rakyat yang tular di laman sosial.
Sumber: Astro Awani