TERKINI: Amerika Dilapor Beri Amaran Kepada Ukraine, Sumber Perisikan Dakwa Rusia Akan Serang Dalam Tempoh 48 Jam Lagi

Edayu

Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden dilapor telah memberi amaran kepada Presiden Ukraine, Volodymyr Zelenskyy dan mendakwa Rusia akan memulakan serangan terhadap negara itu dalam masa 48 jam lagi.

Memetik daripada laporan Newsweek, pegawai perisikan AS memaklumkam bahawa penampakan pesawat Rusia telah memasuki ruang udara Ukraine pada awal hari ini. Mereka mendakwa kemungkinan ia merupakan pesawat untuk meninjau negara Ukraine dalam jangka masa yang singkat.

Berdasarkan sumber, kerajaan Ukraine mengesahkan telah menerima amaran tersebut. Beberapa kawasan negara tersebut didakwa akan diceroboh termasuklah di wilayah Donbas iaitu wilayah pemisah pro-Moscow dan paling utama di ibu negara, Kyiv.

Dakwa perisikan Amerika Syarikat lagi, kemungkinan besar mereka membuat serangan darat pada waktu malam serta serangan daripada udara.

Menurut laporan ABC News pula, pegawai tertinggi tentera Ukraine sudahpun membentangkan kepada Parlimen situasi semasa dimana pihak tentera percaya situasi di Timur Ukraine-Rusia mungkin bertambah buruk dalam tempoh 2 hari lagi.

Presiden Ukraine dilapor turut berada dalam mesyuarat tersebut. Beliau turut dimaklumkan bahawa Rusia mungkin akan melancarkan serangan melangkaui Timur Ukraine hingga ke ibu negara, menyasarkan dua buah bandar besar. Parlimen juga diberitahu bahawa ibu negara, Kyiv turut berada dalam sasaran, hasil perkongsian maklumat dan dakwaan daripada Amerika Syarikat.

Menurut ABC lagi, sumber juga mendakwa dua buah bandar yang mungkin menjadi sasaran adalah bandar kedua terbesar Ukraine, iaitu Kharkiv yang terletak kira-kira 20 batu dari sempada dengan Rusia di belah Timur Ukraine serta Kherson, bandar di sebelah selatan berdekatan Crimea, wilayah Ukraine yang sudahpun diduduki Rusia.

Pada masa kini, seluruh laman web kerajaan termasuk Kementerian Pertahan Ukraine, Kementerian Luar dan institusi lain turut terputus ia dipercayai serangan siber yang menyeluruh didakwa dibuat oleh pihak Rusia.

Sumber: Newsweek, ABC News