Gambar Hiasan : Bernama

TERKINI: Aktiviti Rentas Negeri Masih Kekal Tidak Dibenarkan Sehingga 17 Mei – Dr Adham

Aqmal Ezany

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Adham Baba memaklumkan bahawa aktiviti rentas negeri masih kekal tidak dibenarkan sehingga 17 Mei 2021.

Perkara tersebut dimaklumkan menerusi perkongsian di laman Facebook Bernama sebentar tadi.

Pada masa yang sama, beliau turut memaklumkan bahawa pihak KKM sedang berbincang dengan pihak Kementerian Pertahanan untuk mewujudkan hospital medan di Kelantan dan Sarawak.

Maklumat lanjut bakal menyusul.

Sumber: Bernama TV