Perdana Menteri, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob dalam sidang media hari ini memaklumkan, aktiviti pelancongan di mana-mana negeri di dalam negara adalah dibenarkan.
Seiring pengumuman rentas negeri sebentar tadi, kebenaran aktiviti pelancongan dalam negara turut berkuatkuasa esok, 11 Oktober 2021.
“Oleh kerana sudah tiada rentas negeri, maka aktiviti pelancongan juga dibenarkan.
“Untuk melancong di mana-mana negeri di dalam negara sudahpun dibenarkan,” jelas Ismail.
Pun begitu, rakyat Malaysia diingatkan supaya tidak mengambil sikap sambil lewa dari segi pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP). Hal ini kerana, SOP masih lagi menjadi syarat utama untuk menjayakan kelonggaran yang diberikan.
Tambah beliau, Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342) di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) masih berkuatkuasa.
Walaupun banyak kelonggaran telah diberikan, individu yang melanggar peraturan di bawah akta ini masih boleh dikenakan tindakan.
Sumber: Sidang Media Khas PM