Beberapa kawasan di sekitar bandaraya Kuala Lumpur dilaporkan telah dinaiki air.
Menerusi perkongsian daripada laman Facebook Dewan Bandaraya Kuala Lumpur, situasi terkini itu melibatkan beberapa jalan di kota raya iaitu di Jalan Bangsar, Jalan Yaakob Latif, Jalan Syed Putra, Jalan Sri Permaisuri, Jalan Kuchai Lama dan Lebuhraya Timur Barat.
Sehubungan itu, pengguna jalan raya yang melalui kawasan tersebut dinasihatkan untuk berhati-hati bagi mengelakkan sebarang kejadian yang tidak diingini berlaku.
Semalam, SK turut kongsikan beberapa kawasan yang terlibat dalam banjir kilat hingga menyebabkan banyak kenderaan ditelenggelami air ditengah-tengah jalan serta menyebabkan berlaku kesesakan lalu lintas.






Sumber: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur