Tragedi malang yang menimpa seorang kanak-kanak dikenali sebagai Haidar di Afganistan, diratapi masyarakat dunia apabila dia disahkan meninggal dunia selepas terperangkap dalam sebuah perigi sejak Selasa lalu.
Menurut Setiausaha Timbalan Perdana Menteri, Abdullah Azzam di Twitter rasmi beliau, Haidar dilaporkan meninggal dunia selepas berjaya dikeluarkan daripada perigi tersebut.
BACA: Tergelincir Masa ‘Tolong’ Gali Perigi, Ini Kronologi Tragedi Pilu Yang Menimpa Haidar
Sebelum itu, mangsa dikatakan tersangkut di batu pada kedalaman 10 meter di dalam perigi buta setinggi 25 meter yang terletak di wilayah Zabul, Selatan Afganistan.
Pelbagai usaha menyelamat dibantu mesin jentolak dijalankan termasuk menurunkan minuman dan makanan ke dalam perigi bagi memastikan Haidar terus bertahan.
Sebuah kamera turut dimasukkan ke dalam perigi bagi memantau keadaan kanak-kanak itu yang dilihat masih boleh berkomunikasi pada Khamis.
BACA: (Video) “Cakap Dengan Ayah, Jangan Menangis,” Raungan Haidar Di Bawah Perigi Undang Pilu
Pasukan penyelamat tanpa henti cuba untuk bercakap dengan mangsa hingga pagi Jumaat sebelum anak kecil ini disahkan meninggal dunia.
BACA: “Sewa, Bukan Beli?,” TUDM Sewa 4 Helikopter Leonardo AW 139, Rupanya Ini Sebabnya
Sumber: Twitter