Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan, sebanyak 9,890 kes positif COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kumulatif kes di Malaysia bertambah kepada 2,313,727 kes.
Kes positif harian di Malaysia menunjukkan peningkatan hari ini berbanding 9,380 kes semalam.
Bagi pecahan kes mengikut negeri, Sarawak masih merekodkan jumlah kes harian tertinggi dengan catatan 1,413 kes. Turut mencatatkan ribuan kes adalah negeri Selangor (1,402 kes) dan Kelantan (1,032 kes).
Negeri Perlis menunjukkan peningkatan kes harian yang mendadak dengan catatan 200 kes positif berbanding 42 kes semalam.
Sementara itu, Wilayah Persekutuan Labuan tidak mencatatkan sebarang kes positif hari ini.
Sumber: DG Hisham