Perkembangan kes baharu Covid-19 hari ini mencatatkan 9,751 kes baharu hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes mencapai angka 2,323,478 kes di seluruh Malaysia.
Pecahan kes di setiap negeri hari ini menyaksikan Selangor (1,796), Sarawak (1,339) dan Kelantan (1,052) yang kekal mencatatkan lebih dari 1,000 kes. Manakala, negeri-negeri lain semuanya mencatatkan kes bawah 1,000 kes dan Wilayah Labuan catat kes paling rendah iaitu hanya 2 kes baharu.
Sumber: DG Hisham