TERKINI: 958 Kes Baharu Positif Covid-19 Dicatatkan Hari Ini Dengan Tiga Kes Kematian

Sha Rossa

Kes positif jangkitan baharu Covid-19 di negara ini mengalami penurunan tiga angka dengan 958 kes baharu dilaporkan, sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 52,638 kes setakat Jumaat (20 November 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 adalah sebanyak 13,221 kes.

Daripada 958 kes baharu pada hari ini, terdapat lima (5) kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara dan selebihnya merupakan penularan tempatan.

Pesakit yang sembuh pada hari ini adalah sebanyak 956 kes sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 39,088 kes (74.3 peratus daripada jumlah keseluruhan kes).

Sehingga kini, terdapat 110 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 42 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat pertambahan tiga (3) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 329 kes atau 0.6 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: Sidang Media KKM