Gambar: Bernama

TERKINI: 919 Kes Baharu COVID-19 Hari Ini, Lebih Rendah Berbanding Kes Sembuh Iaitu 996

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 919 kes baharu covid-19 yang dilaporkan pada hari ini.

Menerusi maklumat yang dikongsikan melalui akaun Twitter rasmi KKM, 919 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes Covid-19 yang dilaporkan meningkat kepada 43,791 kes secara keseluruhan.

Daripada 919 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini, sebanyak 916 merupakan kes tempatan manakala 3 lagi adalah kes import.

Jumlah kes aktif yang dilaporkan pula adalah sebanyak 11,419 kes. Mereka telah diasingkan dan diberikan rawatan.

Terdapat 92 kes yang sedang dirawat di ICU dan daripada itu, 35 kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Jumlah kes discaj yang dilaporkan pada hari ini pula adalah sebanyak 996. Oleh itu, jumlah kumulatif kes discaj meningkat kepada 32,069 kes.

KKM juga turut memaklumkan bahawa terdapat 1 kes kematian yang dicatatkan pada hari ini. Jumlah kumulatif kes kematian pula meningkat kepada 303 kes atau bersamaan dengan 0.7% secara keseluruhannya.

Sumber: Kementerian Kesihatan Malaysia