Sebanyak sembilan lagi kes baharu positif jangkitan koronavirus (Covid-19) dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan keseluruhan 158 kes di negara ini, menurut Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).
Menerusi makluman yang dimuatnaik di Twitter rasmi KKM, tiga di antara kes tersebut sedang mendapatkan rawatan di Unit Rawatan Rapi (ICU).
Manakala baki enam telah sembuh menjadikan jumlah keseluruhan yang sembuh adalah sebanyak 32 kes.
Kenyataan lanjut menyusul
Sumber: KKM Putrajaya