Kementerian Kesihatan Malaysia hari ini mnegeluarkan jumlah keseluruhan taburan kes Covid-19 di Malaysia mengikut negeri-negeri.
Berdasarkan infografik yang dimuat naik di laman twitter KKM Putrajaya, terdapat 9 negeri sifar kes baharu. Dalam pada itu juga, hari ini 3 kematian direkodkan dan 54 pesakit disahkan sembuh dan dibenarkan discaj dari wad.
Hanya 43 pesakit dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan peratusan 0.78% daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM Putrajaya