Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 5 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 9 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (18 Julai 2020).
Menerusi perkongsian di akaun Twitter rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,546 kes secara keseluruhannya.
9 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,764.
Jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 pula dilaporkan hanya tinggal sebanyak 96 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini pula terdiri daripada 4 kes import manakala 5 lagi adalah kes tempatan.
Daripada jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 1 kes dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Walau bagaimanapun, tiada pesakit yang dilaporkan memerlukan alan bantuan pernafasan pada hari ini.
Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 122 kes atau bersamaan dengan 1.40% secara keseluruhannya.
Sumber: KKM