Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin memaklumkan bahawa pada hari ini, Malaysia mencatatkan bilangan kes pulih Covid-19 sebanyak 825 kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari COVID-19 adalah 28,234 kes.
Sehingga hari ini, 8 November 2020 jumlah kes baharu adalah 852 kes yang dilaporkan menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 40,209 kes.
Manakala, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 pula adalah 11,689 kes. Berdasarkan jumlah kes baharu hari ini, sebanyak 13 kes adalah kes import yang mendapat jangkitan dari luar negara.
KKM juga memaklumkan bahawa terdapat dua kluster baharu telah dikenal pasti pada hari ini iaitu Kluster Ikhtisas dan Kluster Berendam.
Dukacita dimaklumkan bahawa terdapat pertambahan kes kematian iaitu empat kes. Ini menjadikan jumlah kumulatif kes kematian meningkat kepada 286 kes. Pihak KKM mengucapkan takziah kepada keluar mangsa.
Sebanyak 4 kes kematian dilaporkan hari ini melibatkan ke semua warganegara iaitu 2 kes dilaporkan di Sabah, dan masing-masing 1 di Kedah dan P.Pinang.

Sumber: KKM