Gambar Hiasan Via Bernama

TERKINI: 799 Kes Baharu Positif Covid-19 Dengan 3 Kes Kematian Dicatatkan Hari Ini

Sha Rossa

Sebanyak 799 kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara sekaligus menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 30,889 setakat Jumaat (30 Oktober 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 telah meningkat kepada 10,392 kes dan mereka telah diasingkan dan diberi rawatan di hospital.

Pesakit yang sembuh telah meningkat sebanyak 491 orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang pulih sepenuhnya adalah seramai 20,248 bersama 65.6% daripada jumlah keseluruhan kes.

Sehingga kini, terdapat 90 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), di mana 20 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Manakala, terdapat tiga (3) kes kematian sekaligus menjadikan jumlah kematian Covid-19 di negara ini meningkat kepada 249 orang.

Sumber: Sidang Media KKM