Malaysia pada hari ini (7 Julai 2021) mencatatkan kes baharu COVID-19 sebanyak 7,097 kes.
Perkara itu dimaklumkan oleh Ketua Pengarah Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah menerusi ciapan di laman Twitter milik beliau. Pertambahan kes baharu pada hari ini menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 799,790.
Selangor terus mencatatkan kes baharu tertinggi dengan 3,119 diikuti WP Kuala Lumpur dengan 1,005. Negeri Sembilan pula mencatatkan 788 kes manakala Melaka sebanyak 358 kes.
Pecahan setiap negeri (Kumulatif):
Selangor – 3,119 (268,841)
WPKL – 1,005 (83,909)
Johor – 224 (73,386)
Sabah – 244 (71,189)
Sarawak – 289 (67,560)
Negeri Sembilan – 788 (49,417)
Pulau Pinang – 140 (35,817)
Kelantan – 123 (35,616)
Perak – 187 (27,974)
Kedah – 198 (27,061)
Melaka – 358 (20,357)
Pahang – 258 (15,235)
Terengganu – 43 (11,521)
WP Labuan – 93 (8,858)
WP Putrajaya – 26 (2,448)
Perlis – 2 (601)
Sumber: