Sebanyak 6,824 kes baharu jangkitan Covid-19 dicatatkan hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak 572,357 kes dilaporkan di negara setakat Isnin (31 Mei 2021), jam 12 tengahari.
Menurut perkongsian terkini Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah, Selangor kekal mencatatkan kes tertinggi dengan 2,111 kes, diikuti Kelantan 695 kes, Sarawak 654 kes, Johor 489 kes, Kedah 464 kes, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur 387 kes dan lain-lain lagi.
Berikut merupakan pecahan kes baharu mengikut negeri:
Selangor – 2,111 (186,926)
Sabah – 207 (62,244)
WPKL – 387 (58,654)
Johor – 489 (58,383)
Sarawak – 654 (47,329)
Pulau Pinang – 328 (28,626)
Kelantan – 695 (27,788)
Negeri Sembilan – 253 (26,305)
Perak – 255 (20,634)
Kedah – 464 (18,909)
Melaka – 352 (12,086)
Pahang – 219 (9,577)
Terengganu – 204 (8,771)
WP Labuan – 166 (3,722)
WP Putrajaya – 28 (1,892)
Perlis – 12 (511)
Sumber: FB Noor Hisham Abdullah