Terkini: 6,355 Kes Baharu Covid-19 Hari Ini, Jumlah Kumulatif Cecah 2,575,888 Kes

Azmil

Menerusi laman Twitter Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Noor Hisham Abdullah memaklumkan perkembangan terbaharu Covid-19 di Malaysia. Setakat 19 November 2021 sebanyak 6,355 kes baharu Covid-19 dicatatkan.

Menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 2,575,888 semenjak pandemik ini dikenalpasti di negara ini. Kes baharu hari ini sedikit rendah berbanding semalam yang mencatatkan 6,380 kes.

Hari ini juga berdasarkan maklumat dari Jawatankuasa Khas Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), setakat 15 November 2021, vaksinasi remaja telah mencapai 80 peratus yang telah lengkap divaksinasi.

Sumber: Noor Hisham