TERKINI: 6 Kes Baharu Dilaporkan Termasuk 3 Kes Import Bukan Warganegara Di Kuala Lumpur

Sha Rossa

Sebanyak enam (6) kes positif jangkitan baharu Covid-19 dilaporkan di negara ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan 9,397 kes setakat Ahad (6 September 2020), jam 12 tengahari.

Menurut perkongsian terkini oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), oleh itu jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid-19 menjadi 154 kes dan mereka telah diasingkan diberi rawatan di hospital.

Daripada enam (6) kes baharu dilaporkan, tiga (3) kes adalah kes import kesemuanya bukan melibatkan warganegara Malaysia, manakala tiga (3) kes penularan tempatan adalah melibatkan warganegara Malaysia.

Berikut merupakan pecahan kes mengikut negeri:

Selain itu, terdapat enam (6) kes dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) di mana tiga (3) kes memerlukan alat bantuan pernafasan.

Pesakit yang sembuh adalah seramai dua (2) orang pada hari ini sekaligus menjadikan jumlah keseluruhan pesakit Covid-19 yang sembuh adalah seramai 9,115 atau 97 peratus daripada jumlah kes.

Tiada pertambahan kes kematian berkaitan Covid-19 dilaporkan di negara ini di mana jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 128 kes atau 1.36 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

Sumber: KKM Putrajaya