Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah memaklumkan bahawa terdapat 5 kes yang telah pulih dan dibenarkan discaj dari hospital pada hari ini dan menjadikam jumlah kumulatif sebanyak 8, 481 bersamaan dengan 97.8%.
Menerusi kiriman di Facebook rasmi, beliau juga memaklumkan bahawa terdapat 6 kes baharu jangkitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif sebanyak 8,674 kes dengan 72 kes yang masih aktif.
Tiada kes kematian dicatatkan pada hari ini dan menjadikan jumlah kumulatif kes kematian disebabkan oleh Covid-19 kekal sebanyak 121 kes bersamaan 1.39%.
Sumber: Noor Hisham Abdullah