Gambar: Bernama

TERKINI: 5 Kes Baharu COVID-19 Termasuk 4 Kes Tempatan Dan 2 Kes Sembuh Dilaporkan Hari Ini

Aqmal Ezany

Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 2 pesakit Covid-19 yang telah discaj, 5 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (15 Julai 2020).

Menerusi perkongsian di akaun Facebook rasmi KKM, jumlah discaj baharu itu menjadikan jumlah kumulatif discaj meningkat kepada 8,526 kes secara keseluruhannya.

5 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,734.

Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 hanya tinggal sebanyak 86 kes sahaja. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.

Kesemua kes baharu yang dilaporkan pada hari ini pula terdiri daripada 1 kes import manakala 4 lagi adalah kes tempatan.

Daripada jumlah kes positif COVID-19 yang dilaporkan, sebanyak 5 kes dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi dan 1 daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan.

Dalam pada itu juga, tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 122 kes atau bersamaan dengan 1.40% secara keseluruhannya.

Sumber: KKM