Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) memaklumkan bahawa terdapat 5 kes positif baharu dan tiada kematian berkaitan Covid-19 dicatatkan hari ini (6 Julai 2020).
Menurut Ketua Pengarah Kesihatan Malaysia, 5 kes baharu yang dilaporkan hari ini pula menjadikan jumlah kumulatif kes yang dilaporkan di Malaysia bertambah kepada 8,668. Oleh yang demikian, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan COVID-19 adalah semakin berkurangan kepada 71 kes pada hari ini. Mereka telah diasingkan dan diberi rawatan.
Dalam pada itu beliau turut memaklumkan bahawa 5 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini terdiri daripada 3 kes import yang melibatkan 2 warganegara Malaysia manakala satu lagi adalah bukan warganegara iaitu pemastautin tetap.
Daripada jumlah kes yang dilaporkan, sebanyak 2 kes yang dilaporkan sedang dirawat di unit rawatan rapi. Kedua-dua kes juga dimaklumkan memerlukan alat bantuan pernafasan.
Beliau turut melaporkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 yang dicatatkan pada hari ini. Justeru, jumlah kumulatif kes kematian kekal sebanyak 121 kes atau bersamaan dengan 1.39% daripada jumlah keseluruhan kes.
Sumber: KKM